Thursday, 14 November 2013

JejaLaN @VictoriA

Assalamualaikum....

Kali ini I nak share ngan u all satu tempat ni..I g jalan2 kat sini..Victoria, London. Victoria ni merupakan sebuah pekan kecil di kota London yang mana mempunyai beberapa tempat menarik untuk para pelancong lawati seperti Buckingham Palace dan St. James Park yang tidak jauh dari Buckingham Palace tu. 

Let me say about Buckingham Palace plak neh....perghhh...cakap omputih la plak jap...sikit jer...bkn pandai mane pun nak ber'speaking' ni...eheee...Buckingham Palace ni merupakan tempat kediaman rasmi pada raja British di London ni ha. Biasanya kalau ada upacara-upacara negeri atau layanan mesra diraja disinilah tempat yang dituju selain dari tarikan utama pelancong. 

Ni la gambar pintu masuk nyer....siap sedia semua...kita dah nak masuk nie...hehehee


Ni plak bila dah masuk dan nak menuju istana tu....jauh kan...

Larat tak nak jalan kaki masuk kedalam sana tu...Sebab tu I buat keputusan untuk jalan melalui tasik sebelah tu. Bleh la tengok permandangan itik, tupai sambil-sambil. Tak der la terasa sangat jauhnya...hehee. Nak tau tak tasik per. Meh nak citer sikit dulu sebelum sampai betul-betul depan Buckingham Palace tu. Tasik ni dikenali sebagai St. James Park. Ia tak jauh dari jln ni, sebelah kiri ni jer. Jom kite jalan-jalan taman dulu sebelum sampai betul-betul Buckingham Palace tu.

 Ni la nak masuk taman...hehee..biasa la sini banyak patung-patung.


Nampak tak si tupai tu...jinak la..datang sampai kaki kite minta makanan. Bagi jer di tangan camtu ambik jer terus, tak takut langsung. Boleh dikatakan memang friendly la tupai-tupai kat sini.


Pemandangan dari sini terus nampak Eye On London tu. Nampak tak. Hujung sekali tu, yang bulat putih tu. Hehehee.. Dah tak jauh dari sini. Tapi fokusnya ke Buckingham Palace tadi kan, so terus je la kesana. Lain kali la plak ke Eye On tu ye.Ngeh3..






Kalau penat jalan boleh la duduk dulu sambil tengok-tengok itik tu. Lepas la sikit rindu kat itik kat kg kan. Hehehehe..


Maka habis la jalan-jalan di taman sambil lalu, bermakna kata sudah sampai la juga kita ke tempat yang dituju tadi iaitu Buckingham Palace. Hah, macam mana, jauh tak jalan, mesti tak rasa jauh kan sebab ader itik meneman tadi. Hahaha....



Tu diaorang punya askar. Disebabkan sekarang musim luruh lagi, diaorang pakai baju warna kelabu. Kalau biasa nanti pakai seragam merah. Jangan kate patung plak ye...hehehee.







 Ni la rupanya Buckingham Palace yang disebut-sebut tu. Kat sini la perkahwinan yang mengemparkan satu dunia sebelum ni. 




Sekian la kisah perjalanan I ke Buckingham Palace ni. Macam biasa la, jangan lupa tinggalkan komen yer, kot ader salah info ker aper ker. Hehhee...Biasa la, budak baru belajar kan. Ok, itu jer, nanti jumper lagi yer U all.

No comments:

Post a Comment