Wednesday, 18 December 2013

LiVerPooL StaDiuM....

Kali ni untuk para peminat Liverpool plak. Sambungan dari entry ke stadium MU ritu. Selepas ke stadium MU ritu terus gerak ke stadium Liverpool plak. Dari stadium MU nak ke stadium Liverpool tu mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Nasib baik sewa kereta untuk kesana, maka senanglah sikit untuk atur perjalanan dari segi lokasi dan masa dari satu tempat ke satu tempat.

Tuesday, 17 December 2013

MaCaM CaNtiK jeR...MaCaM CoMeL jeR....

Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa Ilahi
Hebatnya Dia yang Maha Pencipta
Subhanallah.... 
Alhamdulillah....
Allahuakbar.... 

Monday, 16 December 2013

HaTikU BerBisiK LaGi....

"Angin, bawalah jiwaku ini...
tanpaku sedari aku begitu merindui mereka...
Aku berjalan setapak tanpa jejak aku lewati...
Rindu didada begitu mencekam lamunan yang aku rasa..."

Setelah sekian lama, hari ni hati ini kembali sayu dan sedih kurasakan. Bagaikan tidak tertanggung lagi kerinduan yang dikandung selama ni. Tidak semena-mena air jernih mengalir jua walaupun ditahan. Ya Allah, hamba-Mu yang hina ini memohon kekuatan dari-Mu. Kau berikanlah aku kekuatan, serta ketabahan untuk lalui hari-hari yang mendatang. Hanya Kamu yang aku ada dikala ku berada jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta rakan taulan.

Saturday, 14 December 2013

ManChesTeR UniteD StaDiuM....


Salam...Hai..semua...Apa khabar..harap sihat la yer..Ni bukan nak tulis surat bertanya khabar ke ape, cuma nak kongi sedikit sebanyak perjalanan pergi stadium Manchester United dan Liverpool jer...ahaksss... Saya bukannya minat sangat pun dengan diaorang, melayan jer sebab tak der nak buat per sangat kan. Tapi kali ni MU dulu neh, Liverpool tu nnti I citer lain kali.

Tuesday, 10 December 2013

@ TraFalGaR sQuaRe~UK~

Tik tok....tik tok...tik tok....semakin lantang bunyi jarum jam yang sentiasa bergerak...dikala malam menjelma, kesunyian makin terasa, tatkala itu jua lah semakin jelas segala bunyi.... Sedang kalian asyik dibuai mimpi, aku mengambil masa sejenak untuk kongsi satu lagi tempat di sekitar London ni iaitu Trafalgar Square. 

PiLiHaN Antara SeMentaRa dan KeKal AbaDi...

    tika malam suram.... 
    tika cengkerik bersahutan.... 
    dingin malam menikam kulit 
    sang abid memuji Tuhan Pencipta 
    kalimah Tuhan memenuhi ruang dada

Nilai sebuah harta


Kisah yang insyaAllah menjadi tauladan pada diri anda dan sahabat sekalian.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya senyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.