Wednesday, 18 December 2013

LiVerPooL StaDiuM....

Kali ni untuk para peminat Liverpool plak. Sambungan dari entry ke stadium MU ritu. Selepas ke stadium MU ritu terus gerak ke stadium Liverpool plak. Dari stadium MU nak ke stadium Liverpool tu mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Nasib baik sewa kereta untuk kesana, maka senanglah sikit untuk atur perjalanan dari segi lokasi dan masa dari satu tempat ke satu tempat.

Setibanya di stadium Liverpool tu hari dah nak gelap. Sebab masa sekarang siangnya singkat. Pukul 4 petang dah maghrib. Oleh sebab tu la kena kejar masa sebab nanti stadium ni tutup plak. Tak ke naya kalau sampai-sampai jer dah tutup tak bleh nak masuk. Dah la datang dari jauh. Akan tetapi, nasib menyebelahi aku hari tu sebab masih ada masa dalam setengah jam je lagi sebelum ditutup. Maka sempatlah aku capai sedikit kiriman member. Kalau tak kesampaian kan kot nangis tak berlagu plak member aku tu..Ahaksss...Kalau dia baca ni mesti dia sengeh sorang...peace yoo....ehehee...


Layan la sedikit gambar yang dibuat koleksi ni dulu ye. Hehehe..



































Lepas kluar dari sini aku singgah tempat jualan pelbagai plak. Macam-macam ada, baju, kasut barang dapur, coklat dan banyak lagi la. Korang tau tak, banyak-banyak tempat tu tak ada satu pun baju yang aku berkenan. Perghh...cerewet ke aku ni..hahahaa..bukan ape, baju stail minah salleh semuanya mane la aku berkenan. Pakai jer la yang mana ade dulu. Nanti kluar cari plak. Saje nak kluar acap kali kan. Alasan...

Selesai pusing-pusing dan makan kat situ, maka gerak la balik. Perjalanan  masih jauh. 3 jam lebih tu nak sampai ke rumah. Hari dah malam, maka mula perjalanan balik. Adoii...sekali lagi kena berdepan ngan situasi yang lama telah aku tinggalkan, naik kereta. Pening aarr...tak tau kenapa. Kalau sebelum ni, dapat stereng bukan main lagi, macam di litar caranya. Sekarang ni, nah ambik kau, dah pencen la tu kiranya..hikhikhikk.. 

Setengah perjalanan, waduh, xgerak lasung di lebuhraya tu, tengok-tengok di informer punya board katanya ada kemalangan. Tak gerak langsung seme link plak tu. Dah la masa tu dah ngantuk sangat dah kami. Nasib baik kejap jer tunggu, dah boleh gerak dah. Oleh kerana perjalanan masih jauh, mata dah berat, maka keputusan telah diambil. Berhenti seketika di kawasan rehat macam biasa la, di lebuhraya mesti ada kawasan rehat. Berhenti rehat situ dan tidur seketika. Apabila dah okey sikit gerak balik. Pukul 2 pagi baru sampai rumah. Sampai  di parking depan rumah tengok embun seme beku atas kereta yang di parking di kawasan tu. Betapa sejuknya masa tu. Tu la kali pertama kluar balik 2 pagi.

Okey la...lain kali la plak utk cerita lain plak ye. Sehingga kita berjumpa lagi. Adios...

No comments:

Post a Comment