"Angin, bawalah jiwaku ini...
tanpaku sedari aku begitu merindui mereka...
Aku berjalan setapak tanpa jejak aku lewati...
Rindu didada begitu mencekam lamunan yang aku rasa..."
Setelah sekian lama, hari ni hati ini kembali sayu dan sedih kurasakan. Bagaikan tidak tertanggung lagi kerinduan yang dikandung selama ni. Tidak semena-mena air jernih mengalir jua walaupun ditahan. Ya Allah, hamba-Mu yang hina ini memohon kekuatan dari-Mu. Kau berikanlah aku kekuatan, serta ketabahan untuk lalui hari-hari yang mendatang. Hanya Kamu yang aku ada dikala ku berada jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta rakan taulan.
Dikala malam terus melabuhkan tirainya untuk terus membawa aku ke hari esoknya, satu persatu wajah dan kenangan insan yang aku sentiasa rindui. Hanya bayangan wajah mereka yang mampu menjadi pengubat kerinduan ku. Senyuman kalian, gelak tawa kalian, gurau senda bersama kalian satu persatu menerjah ruangan minda ku yang semakin sarat dengan bayangan kalian. Sesungguhnya tiada siapa dikejauhan ini yang dapat mengubatkan kerinduan ku pada kalian di sana. Hanya doa semoga kalian berada dalam rahmat Ilahi serta diberikan kesihatan yang sentiasa sihat sejahtera yang mampu ku berikan dari jauh. Walaupun daku berada jauh di perantauan, tidak dapat dilihat dengan mata kasar kalian, namun kalian tetap dalam ingatan ku.
Setiap kenangan yang dilalui bersama selama ini amat bermakna bagi ku. Tatkala aku berada pada tahap kerinduan yang maksima pada kalian, kenangan tersebut mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Kenangan tersebut jua lah yang membuatkan aku kuat supaya aku mampu balik dan melakarkan sebuah kenangan baru bersama. Semoga aku diberi peluang untuk membentuk pelbagai kenangan bersama. Suka duka yang dilalui bersama masih segar tersemat di sanubari ku ini. Akan tetapi kenangan - kenangan itu jualah yang turut melancarkan lagi rembesan air mata ku ini.
Tanpa kusedari, aku tertidur bertemankan air mata kerinduan. Namun demikian, masih sempat untuk aku mendoakan kalian di dalam sendu tangis air mata ku itu. Semoga kalian diberi kesihatan yang baik supaya aku mampu berjumpa ngan kalian lagi. Semoga aku masih diberi kesempatan untuk gelak tawa bersama, meluangkan masa bersama - sama keluarga dan juga aku di beri waktu untuk membantu kalian samada ketika susah mahupun senang.
Insya Allah, dengan izin Nya, kita akan bersua kembali. Alangkah tidak sabarnya hati ku ini untuk tiba ke saat itu.
Saat sepi menghampiri,
selalu yang kuingat
kenangan kita saat suka dan duka,
kalian adalah keperluan jiwaku
dalam sepi untuk duniaku yang sendiri...
No comments:
Post a Comment